fbpx

Laman Iris penyatu kasih Siti Khatijah-Mamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Khatijah (kiri) dan Mamat menunjukkan sebahagian pokok hiasan yang ditanam di Laman Iris di Taman Bukit Murtaja, Batu 23, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Sepasang suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk mengerat­kan kasih sayang iaitu dengan mengindahkan laman kediaman mereka di Taman Bukit Murtaja, Batu 23 di sini, menggunakan 100 spesies pokok hiasan.

Siti Khatijah Mamat, 57, berkata, dia dan suami, Mamat Mat Hasan, 59, menamakan ­ruang berkenaan sebagai Laman Iris sehingga ia menjadi tarikan kepada orang ramai.

“Pada mulanya, laman rumah kami yang mula didiami sejak 12 tahun lalu hanya dihiasi dengan beberapa pokok Iris.

“Bagaimanapun, kami mula menghias dengan pelbagai pokok-pokok hiasan lain selepas suami menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 2019,” katanya ketika ditemui semalam.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dekorasi landskap yang serba kehijauan itu juga sesuai dengan jiwa ketenteraan suaminya yang sebelum ini kerap bertugas di dalam hutan.

“Laman Iris dihiasi pelbagai pokok hiasan, namun kesukaan kami selain Iris ialah Sireh Sarawak dan Janggut.

“Kebanyakan anak pokok hia­san dibeli di tapak semaian kegemaran di Rantau Panjang, Kelantan selain diberi secara percuma oleh ahli keluarga dan sahabat handai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI