fbpx

Hamdan tunjuk respon positif – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAMALINI (dua kanan) bersama anaknya dan anggota kumpulan Senario menziarahi Hamdan di HSA Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 55, yang sedang ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dilihat menunjukkan perkembangan positif.

Isterinya, Norhamalini Ahmed, 54, memberitahu, suaminya berupaya menggerakkan mata dan bibir ketika dia melawatnya, petang semalam.

“Semalam pukul 4.30 petang akak (kakak) pergi lawat dia, akak bisik tepi telinga dia, zikir tepi telinga dia, ada respon. Dia cuba nak buka mata, dia cuba gerak bibir mungkin dia nak cakap apa-apa, kita tak tahu tapi ada respon Alhamdulillah.

“Kemudian doktor kata dos ubat tidur untuk dia telah dikurangkan, jadi kalau hari ini keadaan semakin baik, mungkin tak perlu tambah dos, kalau tak baharu tambah dos,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Norhamalini yang merupakan ibu kepada empat orang anak berterima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya peminat kumpulan Senario kerana mendoakan kesemua suaminya.

Kelmarin, Hamdan ditidurkan kerana mengalami komplikasi buah pinggang selepas mengalami demam dan cirit-birit sehingga menyebabkan tubuh badannya lemah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI