fbpx

[VIDEO] Bertempiaran lari bunga api meletup atas tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai gempar apabila berlaku insiden letupan bunga api di atas tanah pada sambutan tahun baharu di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu tengah malam tadi.

BANDAR BAHARU – Keterujaan orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api bertukar gempar apabila terdapat bunga api yang meletup di atas tanah dalam program sambutan tahun baharu di Dataran Bandar Baharu, di sini tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 12.01 tengah malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan pengunjung yang hadir.

Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang individu merakamkan bunga api di udara sebelum tiba-tiba terkejut apabila salah satu daripadanya meletup di atas tanah.

Individu terbabit kemudian menjerit dan meminta pengunjung berhampiran menjauhi kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, insiden letupan bunga api di atas tanah itu boleh membahayakan keselamatan para pengunjung.

“Namun begitu, tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan yang berlaku ke atas pengunjung yang hadir,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semakan mendapati pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan tentang pembakaran bunga api oleh pihak penganjur serta tiada sebarang permit dikeluarkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan atau kedua-duanya,” ujarnya.

Tambahnya, pihak polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atas insiden tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI