fbpx
Ratu Margrethe II menyampaikan perutusan ambang Tahun Baharu 2024 di Istana Amalienborg, Copenhagen semalam. – AFP

Ratu Denmark umum turun takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COPENHAGEN – Monarki Denmark, Ratu Margrethe II mengumumkan akan berundur   pada 14 Januari ini untuk memberi laluan kepada puteranya, Putera Mahkota Frederik menaiki takhta.

Ratu Margrethe, 83, menjadi ketua negara Denmark yang memerintah selama 52 tahun. Baginda merupakan satu-satunya ratu yang bertakhta di Eropah selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2024 yang disiarkan stesen televisyen Denmark, semalam.

Menurut Ratu Margrethe,  faktor usia dan masalah kesihatan menjadi antara faktor baginda membuat keputusan mengejut itu.

“Dalam masa dua minggu akan datang, beta menjadi Ratu Denmark selama 52 tahun. 

“Pada 14 Januari 2024 iaitu 52 tahun selepas menggantikan mendiang ayahanda tercinta, beta akan turun takhta sebagai Ratu Denmark.

“Takhta ini akan diserahkan kepada putera beta, Putera Mahkota Frederik,” katanya.

Monarki paling lama bertakhta di Eropah itu dikenali dengan pelbagai bakat seninya serta menjadi popular dalam kalangan rakyat jelata.

“Baginda berjaya menjadi ratu yang menyatukan negara Denmark ketika tempoh perubahan besar seperti globalisasi, kemunculan negara berbilang budaya, krisis ekonomi pada 1970-an, 1980-an dan sekali lagi pada 2008 hingga 2015 serta pandemik,” kata sejarawan tempatan, Lars Hovebakke Sorensen. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN