fbpx
PAN-GON memiliki kadar purata 66 peratus kemenangan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 perlawanan. – AMIR KHALID

Peratusan kemenangan Harimau Malaya tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA keterujaan lebih menjurus kepada jentera serangan, pengendali negara, Kim Pan-gon pula seakan melihat daripada perspektif berbeza apabila lebih mementingkan kepada tugasan bertahan setiap kali Harimau Malaya turun beraksi.

Jurulatih dari Korea Selatan itu berpandangan bola sepak moden tidak hanya tertumpu kepada menyerang dan menganggap organisasi pasukan adalah jauh lebih penting bagi mengelak daripada bolos.

“Perbezaan ketara adalah apabila kami aktif bertahan, tampil lebih proaktif dan cuba memaksa pemain lawan melakukan kesilapan. Saya terus mengkaji ­kaedah bertahan daripada pasukan di seluruh dunia dan ramai orang salah faham tentang permainan proaktif.

“Ramai yang fikir bola sepak berkisar kepada penguasaan, sebaliknya ia adalah penilaian diri sendiri daripada pemain dan apa yang perlu dilakukan mengikut keperluan. Saya beritahu pemain, jika lihat ada ruang, mereka tidak boleh takut.

“Saya tekankan supaya mereka (berani) mengambil risiko untuk naik lebih ke atas. Jika ia dapat dilakukan, jumlah bolos pasti dapat dikurangkan berbanding ambil pendekatan turun ke bawah me­lakukan tugasan bertahan.

“Inilah yang mengubah dinamik bola sepak Malaysia dan perubahan ini sudah pun meng­angkat tahap Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, penyerang naturalisasi baharu, Romel Morales turut disenaraikan dalam 26 pemain Harimau Malaya dan ia dilihat menambah bisa di barisan depan Harimau Malaya.

Berdasarkan perkongsian data FIFA+, Pan-gon memiliki kadar purata 66 peratus kemenangan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 perlawanan iaitu lebih baik berbanding bekas jurulatih terdahulu.

Harimau Malaya yang berangkat ke Qatar awal pagi tadi akan membuka saingan Kumpulan E Piala Asia menentang Jordan pada 16 Januari ini diikuti Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN