fbpx

‘Maaf tak simpan nombor mak ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pasangan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Gurun, dekat Sungai Petani, tengah malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang penjawat awam wanita memberi alasan tidak menyimpan nombor telefon ibu bapanya selepas ditahan bersama seorang lelaki kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Gurun, dekat sini tengah malam tadi.

Wanita berusia 36 tahun terbabit bertindak sedemikian kerana enggan menghubungi ibu bapanya seperti diarah
pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dalam operasi kira-kira pukul 12.01 tengah malam itu.

Dia diminta menghubungi ibu bapa untuk menjaminnya selepas ditahan berdua-duaan.

Malah wanita yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Sik, dekat sini itu turut merayu tidak ditahan kerana takut dikenakan tindakan tatatertib oleh majikannya.

Wanita yang berasal dari Pendang, dekat sini itu ditahan bersama pasangan seorang pekerja pelantar minyak di Sarawak berusia 36 tahun yang pulang bercuti.

Mereka merupakan antara sembilan pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baharu susulan aduan orang awam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, operasi itu dilakukan bersama polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda susulan maklumat menyatakan hotel bajet itu sering dikunjungi pasangan tanpa ikatan sah.

“Semasa serbuan di hotel bajet di Gurun itu, kita turut menahan pasangan yang bekerja sebagai operator kilang kerana berdua-duaan di dalam sebuah bilik.

“Lelaki berusia 26 tahun dan berasal dari Sungai Siput, Perak itu memberikan alasan datang untuk berjumpa kekasihnya berusia 25 tahun yang tinggal di Kota Sarang Semut, dekat sini kerana ingin berbincang tentang tarikh pertunangan mereka,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI