fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bedilan roket gemparkan sambutan Tahun Baharu di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 20 roket dilancarkan ke arah Tel Aviv, dengan 10 daripadanya dipintas. - Times of Israel

TEL AVIV – Sambutan ambang Tahun Baharu 2024 di Israel digemparkan dengan bedilan berpuluh-puluh roket dari Semenanjung Gaza yang menyasarkan Tel Aviv serta beberapa bandar selatan, semalam.

Siren-siren serangan udara dibunyikan ketika wartawan AFP di Tel Aviv melihat sistem pertahanan peluru berpandu Israel memintas roket.

Orang ramai yang berkumpul di jalan-jalan utama untuk menyambut tahun baharu berlari mencari perlindungan, manakala sebilangan yang lain terus berparti.

Serangan di bandar selatan berlaku pada tengah malam, manakala serangan yang menyasarkan Tel Aviv menyusul beberapa minit kemudian.

Sementara itu, sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, mengaku bertanggungjawab dalam kedua-dua serangan tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.

Menurutnya, kumpulan pejuangnya menggunakan roket M90 sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza yang dilakukan ke oleh askar Rejim Zionis.

“Hamas membuat keputusan untuk memulakan tahun 2024 dengan melancarkan serangan roket ke arah Israel,” kata tentera Zionis ketika mengesahkan serangan tersebut.

Sementara itu, stesen penyiaran Al Jazeera melaporkan, lebih 20 roket dilancarkan ke arah Tel Aviv, dengan 10 daripadanya dipintas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI