fbpx

BCL, suami tunai umrah pada malam tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL menunaikan ibadah umrah bersama Tiko dan Noah pada malam terakhir tahun 2023 semalam.

PETALING JAYA – Selepas melalui pelbagai episod suka duka, penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL memulakan lembaran tahun baharu dengan menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

Bukan hanya berdua, anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibu BCL, Emmy Muchlis turut bersama-sama berangkat ke Tanah Suci semalam.

BCL, 40, dalam sebuah hantaran Instagram turut melahirkan bersyukur dapat menunaikan umrah pada malam terakhir 2023 dan hari pertama tahun 2024.

“Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023.

“Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan. Selamat tahun baharu,” katanya.

Dia yang popular nenerusi filem Habibie dan Ainun itu turut memuat naik foto kenangan di hadapan kaabah bersama keluarganya.

Mengimbau semula, suami pertama BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pernah menyuarakan hasrat sekitar bulan Ramadan tahun 2019 untuk membawa isteri dan anaknya menunaikan ibadah umrah.

Perkara tersebut dikongsi oleh rakan Allahyarham dikenali sebagai Ustaz Samsul Maarif.

Bagaimanapun impian tersebut tidak sempat direalisasikan apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di kediamannya di Jakarta, Indonesia.

Pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.

Majlis perkahwinan mereka menjadi bahan bualan ramai terutama acara ‘after party’ yang dilihat kesemua tetamu dan pasangan pengantin menari ‘sakan’ selain mengenakan busana mencolok mata.

Sekadar info, pelantun lagu Cinta Sejati pula bernikah dengan Ashraf pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI