fbpx

35.6 juta pelancong datang Tahun Melawat Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KING SING ketika berucap pada Majlis Pelancaran TMM2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyasarkan kedatangan pelancong luar negara sebanyak 35.6 juta sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Motac turut menyasarkan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion diraih sepanjang tempoh VM2026.

Menurutnya, bagi menjayakan hasrat itu Motac memerlukan sokongan kerajaan negeri, penggiat industri serta sokongan rakyat bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Kita mahu semua pihak terlibat membuat persiapan rapi dalam memastikan VM2026 berjaya serta memberi impak ekonomi secara optimum sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat global.

“Malaysia kaya dengan tarikan pelancongan termasuk keindahan alam semula jadi, budaya dan kesenian yang pelbagai, namun malangnya terdapat sesetengah negeri yang memandang remeh perkara ini.

“Mereka tidak mahu mengambil peluang untuk mengoptimumkan sumber pelancongan yang ada bagi memajukan industri ini hingga ke peringkat global. Mungkin ada yang tidak sedar industri pelancongan juga antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM2024) dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI