fbpx

Pemulihan negara lebih utama daripada ulas isu lapuk- Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PUTRAJAYA- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan usaha ke arah memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat menjadi keutamaannya ketika ini berbanding mengulas isu lapuk seperti fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kepentingan utama negara ialah membantu rakyat termasuk membaik pulih ekonomi dan atas sebab itu beliau tidak suka kembali kepada perkara yang berlaku sebelum ini.

“Maslahat nombor satu negara ialah membantu rakyat (baik pulih ekonomi dan lain-lain). Jadi, saya tidak suka kembali kepada perkara lepas.

“Sebab itu, saya jarang sangat ulas kerana saya yakin Allah telah berikan keadilan kepada semua,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X tadi.

Terdahulu, Rafizi membuat hantaran itu sebagai memberi reaksi kepada ciapan dibuat seorang pengguna media sosial yang menyifatkan jarang melihat Ahli Parlimen Pandan itu membuat kenyataan balas berhubung fitnah terhadap Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai manusia, setiap individu juga turut diuji.

“Anwar diuji dengan firnah sebegini dan kita yang lain diuji untuk melihat sama ada kita membiarkan kerosakan sebegini berterusan dalam masyarakat.

“Sudah 25 tahun berlalu dan yang lepas itu lepaslah. Ada pahala dan dosa kepada setiap daripada kita yang berdepan ujian ini.

“Tapi, bila ia kembali dan ada risiko fitnah itu tersebar balik, jadi tanggungjawab kita juga melindungi masyarakat terutamanya yang muda daripada terjebak buat dosa kering,”’jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI