fbpx

Pahang, Perak antara 9 negeri alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak dan Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Manakala keadaan yang sama turut melibatkan kawasan di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak dan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi negeri Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Keadaan hujan lebat serta ribut petir di negeri-negeri ini pula dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang hari ini,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI