fbpx

Hujan renyai tak halang 10,000 sertai Darul Ehsan Berselawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung yang hadir pada program itu di pekarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam, malam ini-Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Hujan renyai tidak menghalang lebih 1,500 orang hadir memeriahkan Program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena menyambut Tahun Baharu 2024, malam ini.

Program yang berlangsung di pekarangan Stadium Shah Alam bermula pukul 7 petang tadi diselitkan pelbagai aktiviti seperti qasidah, solat berjemaah dan sesi bual bicara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada program itu memaklumkan jumlah kehadiran pada program kali ini lebih ramai daripada Program Darul Ehsan Berselawat, sebelum ini.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan menganjurkan Program Darul Ehsan Berselawat di semua daerah dalam Selangor. Kita mahu tukar cara sambutan kepada program keagamaan sebagai tanda terima kasih kepada Allah yang melimpahkan rezeki,” ujarnya.

Seorang pengunjung, Ahmad Idris Ahmad Lutfi, 40, berkata, ini kali kedua dia menyertai program tersebut kerana lebih berminat untuk menghadiri acara berunsur kerohanian berbanding sambutan ambang tahun yang berkonsepkan hiburan semata-mata.

“Malaysia kini sedang diuji. Jadi, lebih baik hadir program berunsur keagamaan dan diharap kerajaan negeri teruskan program sama supaya lebih ramai muslim di Selangor lebih mendekati Islam,” katanya yang hadir dari Kuala Selangor. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI