fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di Facebook, cuaca buruk di Semenanjung hanya dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Pahang antara kawasan diramal mengalami cuaca buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor ia melibatkan daerah Segamat, Mersing, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Tambah MetMalaysia, di Sarawak antara kawasan yang terjejas adalah sekitar Kuching, Serian, Sri Aman dan Kapit.

“Sementara itu, di negeri lain, cuaca diramal cerah sehingga tengah hari,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI