fbpx

Anggota tentera disyaki cederakan isteri disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tular terbabit.

MELAKA – Polis telah memanggil seorang anggota tentera yang disyaki terbabit dalam video tular pergaduhan suami isteri di sebuah flat berdekatan Sungai Udang, di sini, 15 Disember lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, laporan polis berhubung kejadian itu diterimanya daripada seorang wanita tempatan berusia 38 tahun.

Katanya, laporan tersebut mendakwa mangsa telah dipukul oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun.

“Seorang perempuan tempatan telah maklum dipukul suaminya yang juga merupakan anggota tentera di sebuah kem di Sungai Udang, Melaka.

“Suspek telah dipanggil untuk rakaman keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, Kes disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di aplikasi X video berdurasi 32 saat seorang wanita menjadi mangsa pukul suaminya dalam sebuah video tular di aplikasi X, malam tadi.

Menrusi video berkenaan terdengar jeritan wanita menyatakan dirinya dalam kesakitan.

“Abang janganlah, sakit abang!”.

Video berkenaan dikongsikan oleh pengguna @MALAYSIAVIRALL yang mana video berkenaan memaparkan pergaduhan pasangan tersebut yang berlaku di hadapan jiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI