fbpx

Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 14,475 di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir terus mengalami penurunan dengan angka terbaru dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 12 tengah hari ini seramai 14,475 orang.

Menurut Laporan Harian Bencana Nadma, banjir masih berlaku di 11 daerah di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Mangsa banjir di Kelantan setakat pukul 12 tengah hari ini seramai 13,529 orang membabitkan 4,477 keluarga.

“Sementara itu di Terengganu (659 mangsa membabitkan 181 keluarga), Pahang (232 mangsa membabitkan 57 keluarga), manakala Johor (55 mangsa membabitkan 15 keluarga),” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah laporan itu, sebanyak 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif dan angka kematian akibat bencana banjir kekal tiga orang,.

Laporan Harian Bencana Nadma turut memberitahu, daerah terlibat bencana banjir di Kelantan setakat pukul 12 tengah hari ini Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tumpat, manakala Johor di daerah Segamat.

Daerah terlibat banjir di Pahang pula Bera, Maran, Temerloh, manakala Terengganu daerah Dungun dan Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI