fbpx

Wartawan dedah pembelian vila mewah mentua Zelenksyy ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILA didakwa milik Kiyashko di El-Goune, Mesir. - Foto X

KAHERAH – Seorang wartawan Mesir ditemui mati selepas membuat pendedahan berita mengenai skandal vila mewah yang didakwa dibeli oleh ibu mentua Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenksyy, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Vila tersebut terletak di El-Gouna, utara Mesir, lapor akhbar El Mostaqbal.

Wartawan bebas tersebut, Mohammed Al-Alawi, melaporkan bahawa vila itu dibeli pada harga AS$4.85 juta (RM22.37 juta) pada Ogos lalu oleh Olga Kiyashko.

Dia turut membocorkan dokumen yang didakwa sebagai bukti laporan berkenaan.

Laporan itu menimbulkan persoalan mengenai rasuah dan penyelewengan bantuan kewangan Amerika Syarikat kepada Ukraine.

Mayat Al-Alawi ditemui di bandar Laut Merah, Hurghada, dengan keadaan patah tulang dan kesan lebam pada badan. 

Punca kematian disahkan sebagai pendarahan otak akibat kecederaan yang teruk. 

Laporan El Mostaqbal menyebut bahawa mangsa telah dipukul oleh sekumpulan individu.

Namun, dakwaan itu telah dinafikan oleh Kedutaan Ukraine di Mesir dan menganggapnya sebagai propaganda Russia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI