fbpx

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 26,914 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Johor, Kelantan, Pahang, Sabah dan Terengganu meningkat kepada seramai 26,914 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi berbanding 25,763 malam tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, jumlah semasa mangsa banjir di 19 daerah di enam negeri terbabit melibatkan sebanyak 8,503 keluarga.

“Kelantan melibatkan seramai 21,252 mangsa daripada 6,876 keluarga, Terengganu 5,359 mangsa daripada 1,546 keluarga, manakala Pahang 209 mangsa daripada 54 keluarga.

“Johor melibatkan 63 mangsa daripada 16 keluarga, manakala Sabah 31 mangsa daripada 11 keluarga. Jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang aktif sebanyak 131,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Nadma, banjir di Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat, Pahang di Jerantut, Kuantan dan Maran, manakala Sabah di Pitas.

Tambah Nadma, banjir di Terengganu melibatkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu, manakala Johor melibatkan Mersing dan Segamat.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan, Amaran Cuaca Waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI