fbpx

Dua maut, Toyota Hilux masuk tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua lelaki tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri di Parit hari ini. - Foto IHSAN JBPM

PARIT – Dua lelaki maut akibat lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu Toyota Hilux, Mior Hairul Adzaha Abdul Hamid, 39, dan penumpang hadapan kenderaan, Ahmad Hazim Baharuddin, 25.

Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan pacuan empat roda membawa muatan kelapa sawit itu hendak keluar dari ladang kelapa sawit di Kampung Pulau Pisang ke Kilometer 2, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja.

Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam tali air di kiri jalan lalu tenggelam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit, Asmahisham Ab. Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.37 pagi.

“Kedua-dua mangsa yang tidak tersepit itu berjaya dibawa keluar dan diangkat ke tebing. Mayat kedua-dua mereka diserahkan kepada pihak ambulans dan polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI