fbpx

JAIPk akan tarik pentaulihan ceramah cenderung politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH Fadzilah (dua dari kiri) melihat buku yang dipamerkan dalam program program penghargaan ulang tahun ke-90 penerbitan Kitab Bahrul Madzi, karya almarhum Syeikh Mohamad Idris Al-Marbawi di Padang Rengas hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

PADANG RENGAS – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menarik pentaulihan yang diberikan kepada penceramah sekiranya didapati cenderung terhadap parti politik tertentu ketika berceramah di masjid dan surau.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya akan memantau perkara itu selari mengikut pekeliling yang dikeluarkan pada awal tahun ini dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid dan surau di Perak yang berdaftar dengan jabatan tersebut.

Tegasnya, langkah demikian juga sebagai menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tidak membenarkan ahli politik berucap atau menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu bagi mengelakkan perpecahan.

“Kalau dia telah terlepas (berceramah) cenderung, kita akan tandakan dia. Maka selepas ini, jika dia ada tauliah, kita akan tarik balik,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke program penghargaan ulang tahun ke-90 penerbitan Kitab Bahrul Madzi, karya almarhum Syeikh Mohamad Idris Al-Marbawi di sini hari ini.

Menerusi garis panduan, dinyatakan larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan JAIPk di negeri itu, yang terpakai kepada individu yang telah dilantik Ahli Dewan Negara atau terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana negeri.

Selain itu ialah individu yang tiada tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak dan individu yang memegang jawatan dalam parti politik.

Turut dilarang ialah individu yang menjadi calon bertanding dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, dan individu yang telah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat atau ADUN serta didapati kekal aktif dalam kegiatan politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI