fbpx

Hujan berterusan sepanjang hari di Terengganu, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan imej radar memaparkan situasi hujan lebat secara berterusan masih lagi berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor pada pagi ini.

MetMalaysia melalui kenyataan di Facebook, berkata, amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada telah dikeluarkan semalam melibatkan kawasan Terengganu (Dungun dan Kemaman, Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

“Bagaimanapun, cuaca buruk di Johor pada pagi ini dilihat melanda hampir semua daerah dan boleh berlanjutan sehingga awal petang nanti.

“Bagi sebahagaian besar kawasan negeri Terengganu dan Johor, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berpotensi melanda dua negeri utama itu sepanjang hari, hari ini.

“Penduduk setempat dinasihati untuk berhati-hati dan bersiap siaga bagi sebarang keadaan yang bakal berlaku,” kata MetMalaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia dalam laporan sama menjangkakan hujan lebat dan ribut petir berlaku di kebanyakan tempat sekitar Semenanjung Malaysia.

“Tinjaun cuaca di Sabah pula, jabatan itu meramalkan keadaan hujan lebat dan ribut petir tertumpu sekitar Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI