fbpx

Banjir: Anggota, aset KDN digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sejumlah 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan (RELA) telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, kekuatan anggota dan aset akan ditambah berdasarkan situasi bencana.

“Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset jabatan atau agensi pengurusan banjir di bawah kementerian di kawasan terjejas telah digerakkan.

“Tugas dan tanggungjawab KDN diketuai oleh PDRM adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara),” katanya, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, gerak kerja PDRM turut dibantu oleh RELA dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM).

“KDN ingin menasihatkan seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, sentiasa berwaspada dan bertindak mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang tidak digini berlaku.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan  operasi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Selain itu katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-2266 3333 / 03-2266 3444 / 03-2266 3451 atau menghubungi talian
MERS 999 untuk bantuan kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI