fbpx

[VIDEO] ‘Kalau pakai Alphard rasa dah kaya sangat, tengok ni..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Hairul Vcool di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dikaitkan dengan status kemewahawn dijadikan sebagai pengangkutan awam iaitu teksi di Jepun.

Menerusi video yang dimuat naik Hairul Vcool di Facebook, dia menunjukkan MPV itu sewaktu baru tiba di lapangan terbang negara matahari terbit tersebut.

“Yang mana pakai Alphard tu rasa dah kaya sangat, mari tengok sini. Dekat Jepun, Alphard jadi teksi je. Ha nampak tu Vellfire jadi teksi,” katanya menerusi sebuah tular.

Sehingga kini, video tersebut mendapat sebanyak 53,200 tanda suka dan 6,500 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai berasa terkejut, malah ada juga yang mendedahkan kenderaan mewah tersebut dijadikan van jenazah dan teksi di Malaysia.

“Di Johor Bahru lagi hebat bos. Vellfire buat ‘prebet sapu’ masuk Singapura. Awak pun orang Johor Bahru mesti selalu nampak,” komen Tuan Zanar.

“Tak pelik pun sebab di Terengganu (Alphard) guna untuk van jenazah. Jejak tanah kubur,” kata Ahmad Raduan.

“Ada satu kedai kat Taman Semarak, Nilai guna Alphard untuk mengangkut lauk je,” kata pengguna lain.

Harga jualan bermula dari RM438,000 untuk Vellfire 2.5L, sementara Alphard 2.4T Executive Lounge pula dijual pada harga bermula  RM538,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI