fbpx

Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (hadapan, tiga dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi Amanah bagi penggal 2023-2026 di Wyndham Hotel, Klang, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KLANG – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026 yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, beliau menduduki tempat ke kelapan daripada 27 ahli yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi penggal sama.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dipilih menjawat jawatan tersebut, selepas mendapat 699 undian.

Manakala untuk Naib Presiden, tiga ahli telah dipilih, iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bekas Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengisi jawatan itu.

Mengikut perlembagaan Amanah, jawatan Presiden sehingga Naib Presiden, 27 ahli jawatankuasa Nasional akan memilih ahli parti untuk menjawat kesemua jawatan itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan dan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus tewas pada pemilihan kali ini.

Seramai 1,003 perwakilan Amanah daripada seluruh negara yang mengundi pada sesi pemilihan kali ini, serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di Wyndham Hotel, di sini..

Untuk rekod, Mohamad Sabu telah dipilih menjadi Presiden sejak tahun 2015, iaitu ketika tertubuhnya parti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI