fbpx

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di tiga negeri mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan yang sangat lebat dan berterusan dijangka berlaku di ketiga-tiga buah negeri tersebut sehingga 25 Disember ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Helmi Abdullah dalam sebuah kenyataan hari ini berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 25 Disember.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” jelasnya.

Oleh itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah dan Perlis serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang berkuat kuasa sehingga 25 Disember.

Dalam kenyataan sama, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Perlis, Kedah dan Perak bermula Ahad, 24 Disember hingga Isnin, 25 Disember.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di Raub, Bentong, Temerloh dan Bera serta di Johor, di daerah Mersing dan Kota Tinggi sehingga Ahad, 24 Disember,” katanya

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI