fbpx

87 senjata api dijumpai di rumah pesohor YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 87 senjata api dan 4,576 peluru serta tujuh magazin ditemui di rumah Trinsak di Mueng baru-baru ini. - Foto Bangkok Post

BANGKOK  – Sebuah rumah yang diduduki seorang pesohor YouTube di daerah Mueang diserbu polis Thailand, manakala sebanyak 87 senjata api ditemui, lapor portal berita Thaiger semalam.

Serbuan yang dirancang untuk mengukuhkan keselamatan awam menjelang musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun itu membawa kepada penemuan 87 senjata api pelbagai jenis bersama 4,576 butir peluru dan tujuh magazin di rumah tersebut.

Ketua Polis Bandar Phitsanulok, Mejar Nikhom Kheunopparat mendedahkan penemuan yang membimbangkan itu, lapor akhbar Bangkok Post.

Pesohor media sosial berkenaan,  Trinsak Wachirasrisirikul, 33, yang memiliki saluran YouTube, Tacticool BoB berkata, semua senjata api yang ditemui telah diwarisi dan didaftarkan secara sah di bawah nama bapanya.

Bagaimanapun, polis masih meneliti kesahihan pemindahan hak milik itu.

Sekiranya tiada penyerahan dilakukan secara sah, Trinsak mungkin menghadapi pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa permit, kata Nikhom. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI