fbpx

Luqman tidak perlu malu pulang ke Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN bakal membuat keputusan mengenai masa depan kariernya pada Januari ini.

BINTANG berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin perlu segera menoktahkan masa depannya sama ada kekal bersama kelab Belgium, K.V. Kortrijk ataupun pulang ke kampung halaman mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Penyerang berusia 21 tahun yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Golden Boy 2020 itu tidak perlu malu melupakan impiannya selepas bertahan beberapa tahun di bumi Eropah kerana tiada sesiapa memandang rendah keputusannya jika mahu pulang.

Sejak berkelana ke Eropah bermula September 2019, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu cuma mendapat 336 minit permainan bersama Kortrijk sebelum dipinjamkan ke Njardvik FC di Iceland dari Februari hingga September tahun ini.

Ia sekali gus mewujudkan spekulasi beberapa gergasi Liga M berhasrat menyelamatkan kariernya dengan naib juara Liuga Super, Selangor yang akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 tahun depan dikatakan berminat memujuk prospek masa depan negara itu.

Bagaimanapun, Luqman masih memerlukan sedikit masa sebelum mendedahkan keputusannya bulan depan kerana mahu memberi fokus kepada dua aksi persahabatan skuad bawah 23 tahun (B23) negara menentang China di Shanghai esok dan Selasa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI