fbpx

426 klinik kesihatan tawar pemberian vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 426 klinik kesihatan di seluruh negara kini menawarkan pemberian vaksin Covid-19 dalam usaha mengekang penularan virus berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu, orang ramai boleh menyemak senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat menerusi aplikasi MySejahtera.

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sehingga 21 Disember 2023, terdapat 426 klinik kesihatan seluruh negara yang menawarkan vaksin Covid-19.

“Bagi membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera, orang ramai boleh membuat tempahan slot vaksinasi sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Katanya, jika slot janji temu di sesebuah PPV telah penuh, orang ramai dinasihatkan memilih PPV lain yang masih mempunyai slot tempahan janji temu pada minggu ini atau minggu hadapan.

“KKM sedang meneliti trend tempahan slot janji temu dan akan meningkatkan jumlah slot di PPV yang mempunyai permintaan vaksinasi yang tinggi.

“Maklumat pertambahan atau perubahan kepada bilangan slot janji temu di sesebuah PPV akan di kemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut beliau, pelanggan juga boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in bagi mendapatkan vaksinasi.

“Namun demikian, jumlah vaksinasi adalah bergantung kepada ‘first to come basis’ serta ketersediaan vaksin di PPV pada hari tersebut.

“KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela selain menggalakkan pengambilan vaksin terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI