fbpx

Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tol percuma tersebut akan berkuatkuasa pada 23 Disember dan 26 Disember 2023 bagi semua jenis kenderaan.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.

“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.

“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” jelasnya dalam satu sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI