fbpx

Sotong manis RM50 kena serbu KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguatkuasa KPDN Sabah meninjau premis restoran yang didakwa menjual lauk sotong manis pada harga RM50 di Kota Kinabalu. -Foto Ihsan KPDN Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan membabitkan hantaran tular sebuah restoran di bandar raya semalam yang didakwa menjual lauk sotong manis pada harga RM50.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, premis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

“Premis sama turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 berhubung makanan sotong manis berkenaan. Selain itu, kita akan menyemak invois berkaitan untuk melihat harga sotong yang dibeli daripada pembekal.

“Bagaimanapun, notis sudah diserahkan kepada restoran berkenaan, namun keputusan untuk mengenakan kompaun masih belum dibuat kerana perkara ini masih dalam siasatan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di Kepayan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial, semalam berhubung kenyataan seorang pengguna yang mendakwa terkejut dengan harga lauk sotong yang mencecah RM50.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI