fbpx

Lebih 60 alumni USM 1995/1999 berkumpul semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alumni Pusat Pengajian Komunikasi USM tahun 1995/1999 mengambil gambar kenang-kenangan ketika menghadiri majlis perjumpaan bertempat di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Lebih 60 bekas pelajar Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 1995/1999 hadir pada majlis perjumpaan setelah hampir 24 tahun tidak bersua muka.

Majlis yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur itu direalisasikan dengan penubuhan jawatankuasa secara sukarela diketuai oleh Pengarah Projek Reunion Dinner Komunikasi USM 95/99, Khairilazhar Ismail.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM merangkap mantan Dekan dan Professor Pusat Pengajian Komunikasi, Datuk Dr. Adnan Hussien berkata, beliau berasa bangga dengan pencapaian alumni komunikasi dalam karier masing-masing.

“Hari ini, kita berkesempatan mengimbau kenangan manis bersama pelajar yang menarik, indah, malah melucukan.

“Rata-rata yang hadir gembira dapat menyertai majlis biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan harian, tetapi mereka masih mampu memberikan komitmen padu untuk hadir.

“Ada antara mereka yang datang dari Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang begitu teruja untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Majlis pertemuan semula itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada alumni termasuk Adnan yang turut menyumbang lagu Kamelia.

Majlis sama turut menerima sumbangan peribadi daripada bekas pelajar selain tajaan Tudung Sofearose, minuman Halavita dan kek seberat lapan kilogram daripada Pusat Pengajian Komunikasi USM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI