fbpx

Ukraine perlukan 500,000 askar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UKRAINE memerlukan sehingga 500,000 rekrut baharu untuk menghadapi serangan tentera Russia. - Foto AFP

KIEV  – Tentera Ukraine mahu merekrut sehingga 500,000 askar baharu, demikian menurut Presiden Volodymyr Zelenskyy, ketika perang menentang Russia menghampiri tahun kedua semalam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dalam satu sidang akhbar di Kiev, beliau berkata, komander-komander Ukraine memerlukan  antara 450,000 hingga 500,000 askar baharu dan mengaku ia adalah isu sensitif serta  melibatkan perbelanjaan besar.

Bagaimanapun, kata Zelenskyy, beliau memerlukan butiran lanjut sebelum menyokong langkah  sedemikian. Presiden Ukraine itu berkata demikian ketika bantuan yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) semakin sedikit.

“Saya memerlukan perincian, Apakah yang akan berlaku kepada sejuta askar Ukraine. Apa yang akan berlaku kepada mereka yang telah mempertahankan negara kita selama dua tahun? 

“Kami mempunyai isu penggiliran dan cuti. Ia sepatutnya menjadi rancangan yang komprehensif,” katanya.

Namun, beliau menolak cadangan untuk mengambil wanita sebagai rekrut baharu.

Apabila ditanya oleh Jessica Parker daripada BBC tentang sama ada Ukraine mulai kalah dalam peperangan menentang Russia, Zelenskyy berkata: “Tidak.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI