fbpx

Siasatan dijalankan dakwaan Daniel Akmal lari dari sekolah akibat dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Akmal yang dilaporkan hilang ditemui di sebuah pondok menunggu bas, sekitar Kuala Lumpur 8 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada ibu pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, semalam, selepas didakwa melarikan diri sekolah kerana dibuli, 7 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, laporan dibuat oleh ibu mangsa pada tengah hari semalam.

Katanya, siasatan berkenaan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2007.

“Keterangan daripada mangsa dan juga ibu bapanya masih dalam proses rakaman.

“Semua akan dipanggil untuk bantu siasatan termasuk sekolah, ibu bapa, kawan dan sebagainya.

“Kita akan siasat secara melutuh bagi mengetahui punca remaja 14 tahun itu lari dari sekolah dibuli,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras, kira-kira 12.30 tengah malam, 7 Disember.

Bagaimanapun, ibunya, Shuhada Jamaludin, 38, pelajar terbabit mengesahkan anaknya telah selamat ditemui, pada malam 8 Disember. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI