fbpx

Sekat kapal berlabuh, ‘signal’ Malaysia tidak iktiraf Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berucap pada Majlis Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Tindakan menyekat syarikat perkapalan berpangkalan di Israel daripada berlabuh di negara ini merupakan isyarat jelas bahawa Malaysia tidak mengiktiraf rejim tersebut sebagai sebuah negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tegas itu juga selari dengan dasar kerajaan yang komited dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis.

“Saya lihat (tindakan) ini adalah selari dan selaras dengan dasar kerajaan yang memberi penegasan tentang beberapa isu melibatkan Israel dan komitmen kita untuk memperjuangkan nasib rakyat Gaza itu yang menjadi keutamaan.

“Apa pun, kerajaan memberikan satu ‘signal’ yang paling jelas bahawa kita tidak mengiktiraf Israel dan tidak bersekongkol dalam usaha termasuklah membantu daripada segi ekonomi buat rejim itu,” katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis Spotlight Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI