fbpx

Pengantin meninggal dunia semasa majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki tiba-tiba rebah semasa majlis perkahwinannya. - YouTube/GeoNews

NEW DELHI, India – Seorang pengantin lelaki di negeri Punjab dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinannya, lapor laman berita Ary News kelmarin.

Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial, sepasang pengantin dirakam duduk di atas kerusi dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Sialkot. 

Pengantin lelaki kelihatan duduk dalam keadaan tidak selesa sementara pengantin perempuan mengira duit hantaran bersama keluarganya. 

Dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan orang ramai sebelum diperiksa pengantin wanita dan keluarganya.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa pengantin lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI