fbpx

Tetak mati teman wanita sebelum jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Kilometer 3.4, pagi tadi selepas menetak mati teman wanitanya di Jalan Raja Uda, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek berusia 29 itu bagaimanapun diselamatkan nelayan dan kemudiannya ditahan Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).

Menurutnya, terdahulu pihaknya mendapat maklumat seorang wanita berusia 42 tahun ditetak seorang lelaki pada bahagian leher menggunakan sebilah parang di kawasan Jalan Raja Uda, kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan meninggal dunia. Mangsa dipercayai teman wanita suspek.

“Pada pukul 11.58 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU bersama pasukan forensik hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Suspek ketika diselamatkan nelayan dan kaki pancing dekat Jambatan Pulau Pinang, tengah hari tadi.

“Pemeriksaan terhadap mayat menemui kesan tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri si mati,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi.

Mohd Asri berkata, siasatan turut mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran yang merakam kejadian tersebut, selain saksi yang turut melihat kejadian itu.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Nasrina Darus ditalian 04-576 2222 (sambungan: 2275) atau hadir ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI