fbpx

Tabung khas Palestin masih dibuka, bakal bina hospital di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Cek Cura Sumbangan Dana Palestin ke Tabung Musa'adah JAKIM-YWM di Kompleks Islam Putrajaya hari, ini. - Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Orang ramai masih boleh menyumbang kepada tabung khas yang diwujudkan kerajaan pada Oktober lepas untuk misi membantu Palestin.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ekoran ramai tersalah faham dengan menyangka ia sudah ditutup.

Mohd. Na’im berkata, orang ramai mungkin keliru apabila media tempatan ada melaporkan tempoh kutipan tabung tersebut ditutup pada 30 November lalu.

“Sebenarnya tiada tarikh tutup. Setakat ini kita sudah terima kira-kira RM8.8 juta dan akan diserah kepada Tabung Musaadah Jakim-YWM untuk tindakan susulan,” katanya, selepas menyaksikan penyampaian cek kepada Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) untuk Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI