fbpx

Jenazah M. Daud Kilau selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menabur bunga ke atas pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balai Baroh, Bagan Datuk hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

BAGAN DATUK – Jenazah Allahyarham penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan semalam dikebumikan pada pukul 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh di sini hari ini.

Lebih 200 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat menghadiri pengebumiannya termasuk penyanyi terkenal era 70-an, Datuk DJ Dave dan rakan baik arwah yang juga promoter persembahan, Syed Mohd. Yusof Wafa Syed Nordin.

Terdahulu, jenazah yang selesai dimandi dan dikafankan di Hospital Teluk Intan dibawa menaiki van dari kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh ke Masjid Tuminah Hamidi di sini untuk solat jenazah pada pukul 9.20 pagi.

Jenazah kemudian disembahyangkan lebih 400 jemaah dengan diimamkan oleh imam Masjid Tuminah Hamidi, Zulfadil Ismail.

Sementara itu, DJ Dave yang juga Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) ketika ditemui menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

Menurutnya, beliau telah mengenali Allahyarham sejak 50 tahun lalu dan banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perkenalan mereka.

“Kami banyak berkongsi pentas dan semasa aktif pun, arwah memang dikenali kerana suka menjahit sendiri baju labuci yang dipakainya ketika berada di belakang pentas.

“Arwah akan siapkan juga baju yang dimahukannya, walaupun boleh saja gayakan baju labuci lain tapi demi menghiburkan peminat, dia sanggup jahit kerana komited memberikan yang terbaik,” katanya.

Menurut beliau, sejak tiga tahun lalu YKAT memberi bantuan bulanan RM500 sebagai pencen kepada Allahyarham bagi menghargai sumbangannya dalam industri seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI