fbpx

Fungsi fesyen sebagai medium komentar sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fesyen kini menjadi hiburan untuk paparan media sosial.

Generasi terdahulu mungkin menganggap aliran fesyen terkini semuanya kitaran perkara yang telah ada sebelumnya. Dalam erti kata lain, fesyen kini menjadi terlalu generik, kurang unik dan sedikit membosankan.

Generasi muda kini lebih tertarik kepada sesuatu yang hip and cool semata-mata.

Meminjam kata-kata Shakespeare much ado about nothing, bagi saya kata-kata itu merupakan kesimpulan kepada topik-topik yang diberi tumpuan oleh dunia fesyen dan media sosial sejak kebelakangan ini.

The Buzz, the hype, the front row, the set – semua elemen yang disebutkan kini terlihat lebih penting daripada falsafah, identiti, fungsi atau konsep sebenar pakaian dan pemakaian.

Apapun kebenarannya, fesyen masih lagi berteraskan perniagaan. Sama ada setuju atau tidak, konsep ‘anything goes’ iaitu selagi produk fesyen boleh raih untung, diperkatakan serta ‘viral’, ramai sanggup berbuat apa sahaja.

 

Berfikir satu aliran
Dengan segala kebisingan yang berlaku secara luar sedar, kita mengenepikan persepsi kita sendiri terhadap semua yang berlaku di sekeliling dan hanya tertumpu dalam dunia fesyen.

Oleh sebab semuanya bergerak pantas, tiada masa lagi bagi kita untuk menghadam serta menganalisis semua yang dipersembahkan daripada atau kepada kita oleh dunia fesyen. Paling menyedihkan, kita dimanipulasikan untuk berfikir hanya dalam satu aliran.

 

Sekadar hiburan
Fesyen juga kini menjadi sekadar hiburan untuk paparan media sosial. Tetapi, tidakkah komuniti fesyen juga sepatutnya perlu mempertahankan maruah dan memberi respons terhadap isu sosial dan politik terkini?

Seperti industri hiburan, fesyen juga mengaut keuntungan dan selalunya terlalai hingga tidak begitu peka dan prihatin, akhirnya menjadikan kita buta terhadap hal-hal yang sebenarnya berlaku di seluruh dunia.

 

Pembaziran
Tidakkah kita pernah terfikir apa akan berlaku jika kita gunakan platform media sosial bagi membincangkan industri fesyen terlalu menghabiskan masa dan wang untuk pertunjukan fesyen besar-besaran dan pemasaran keterlaluan yang menjurus pembaziran? Cuba fikirkan.

 

Pencemar
Bagaimana pula jika wang yang diperuntukkan itu digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna? Adakah kita tidak sedar bahawa penghasilan pakaian lebih daripada kehendak pasaran (over-producing) adalah antara faktor yang menjadikan industri fesyen pencemar kedua terbesar (second-biggest polluter) di seluruh dunia?

Fesyen kini hanya menyentuh permukaan sahaja dan sifat manusia yang mementingkan diri membuat kita terlupa perkara lain seperti isu kepincangan sosial, perkauman, pendidikan, kemiskinan dan banyak lagi.

 

‘Suara’ fesyen
Mungkin sebahagian daripada kita berpendapat bahawa fesyen adalah hal yang tidak sesuai untuk memperkatakan isu-isu sebegini.

Akan tetapi, kita semua ada suara. Jika kita merasakan industri fesyen mempunyai laungan suara yang kuat, bukankah sudah tiba masanya dalam kehidupan yang paling mencabar ini, untuk kita gunakan medium ini demi membantu mereka yang memerlukan? Fikir-fikirkanlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI