fbpx

Aali Mateen Ahmad Nabil nama anak kedua Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA memilih nama Aali Mateen buat anak keduanya.

PETALING JAYA – Selepas seminggu, penyanyi Ayda Jebat mengumumkan nama anak keduanya iaitu Aali Mateen Ahmad Nabil.

Sama seperti wanita bergelar ibu lain, Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat, 31, berharap puteranya membesar menjadi insan yang berguna kelak.

“Nama saya Aali Mateen Ahmad Nabil. Lama jugak memikirkan nama untuk putera kami, Aali Mateen ini.

“Semoga menjadi anak yang soleh sayang mommy dan dada (Nabil). Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua!” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian sama, Ayda turut memuat naik foto anak lelakinya itu yang memakai topi bayi sehingga menutup bahagian matanya.

Terdahulu, pada 12 Disember lalu Nabil mengesahkan isterinya sudah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI