fbpx

Wanita tarik nafas lega selepas keluar 600 ‘group chat’ kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ying berasa bebas apabila meninggalkan kumpulan sembang. - Sanook

BEIJING – Seorang wanita di bandar Nanchong, China mencetuskan kekecohan di media sosial selepas mendedahkan bahawa dia meninggalkan 600 kumpulan sembang di aplikasi sosial setelah berhenti kerja.

Laman berita Thaiger melaporkan, Tang Ying sebelum ini bekerja sebagai penyelia runcit untuk sebuah syarikat hartanah selama empat tahun.

Dia terpaksa mengendalikan 600 kumpulan sembang berkaitan kerja. Semasa waktu sibuk, Tang Ying terpaksa menguruskan 10 kumpulan sembang secara serentak, malah menggunakan komputer riba semasa makan.

Dalam satu-satu masa, dia diarahkan menghias beberapa kedai di tujuh hingga lapan pusat beli-belah. 

Bagi setiap pusat beli-belah pula, Tang Ying bertanggungjawab ke atas beratus-ratus kedai yang mempunyai kumpulan sembang setiap satu. 

Menurut wanita itu, setiap kumpulan sembang itu adalah penting untuk memudahkan tugasnya.

Namun, dia mengakui bahawa bunyi notifikasi berterusan daripada aplikasi sosial menakutkan dirinya.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia tidak berani mematikan telefon atau berhenti menyemak mesej kerana bimbang kehilangan maklumat penting yang menjejaskan pembukaan kedai baharu. 

Bercakap mengenai perasaannya selepas berhenti kerja, Tang Ying berkata, dia berasa santai, bebas dan tidak lagi tertekan oleh notifikasi kumpulan sembang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI