fbpx

UniSZA bakal dilengkapi padang bola sepak sintetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azli (dua dari kanan) menerima Anugerah Rakan Sukan daripada Fadzli (tiga dari kanan) pada majlis Anugerah Sukan UniSZA di Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal dilengkapi kemudahan padang bola sepak sintetik bagi meningkatkan lagi budaya sukan dalam kalangan pelajarnya.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, pembinaan padang bola sepak sintetik yang bakal bermula pada tahun depan itu telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti baru-baru ini.

“Kita memiliki dua pemain dalam skuad kebangsaan Bawah 19 Tahun (B19) yang beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini iaitu Adam Uwais Mohd. Armi dan Rozaini Abu Bakar.

“Selain padang bola sepak sintetik, trek larian juga akan dibina di sepanjang Tasik UniSZA bagi menggalakkan lagi gaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti ini,” katanya pada majlis Anugerah Sukan UniSZA di Gong Badak, Kuala Nerus malam tadi.

Pada majlis sama, akhbar Kosmo! yang diwakili Wakil Negeri Terengganu, Mohd. Azli Adlan turut menerima anugerah Rakan Sukan UniSZA.

Dalam pada itu, atlet memanah kebangsaan, Iman Aisyah Norazam yang memenangi pingat gangsa dalam acara Berpasukan Compound Wanita pada Sukan SEA Hanoi 2022 dinobatkan Olahragawati UniSZA.

Olahragawan UniSZA pula millik atlet memanah, Amirul Amin Ab. Rahim dari Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi.

Muhammad Adam Uwais yang juga pemain Terengganu FC (TFC II) yang menjulang Piala MFL baru-baru ini pula dinobat Olahragawan Harapan manakala atlet lawan pedang, Nabiela Natasha Mohd. Daud pula sebagai Olahragawati Harapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI