fbpx

UCL: Arsenal, Manchester City raih undian mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik ihsan laman Twitter Champions League.

NYON, Switzerland – Juara bertahan, Manchester City menerima laluan mudah selepas diundi menentang kelab Denmark, Copenhagen pada aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebentar tadi.

Sementara itu, kelab gergasi La Liga, Barcelona akan membuat perhitungan ‘buku bertemu ruas’ menentang juara Serie A, Napoli manakala naib juara UCL musim lepas, Inter Milan diundi menentang Atletico Madrid.

Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal turut meraih ‘tuah’ selepas dapat mengelakkan undian maut apabila dijadualkan menentang FC Porto.

Naib juara peringkat Kumpulan F, Paris Saint-Germain (PSG) pula bertemu dengan juara Kumpulan D, Real Sociedan manakala juara 14 kali, Real Madrid menentang Red Bull Leipzig. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH

Porto lwn Arsenal

Napoli lwn Barcelona

PSG lwn Real Sociedad

Inter lwn Atletico Madrid

PSV lwn Borussia Dortmund

Lazio lwn Bayern Munich

Copenhagen lwn Manchester City

RB Leipzig lwn Real Madrid

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI