fbpx

[VIDEO] Terima pelukan bermakna setelah hilang bapa dari kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok @kakanneomey.

PETALING JAYA – Seorang murid sekolah akhirnya dapat merasakan pelukan dan ciuman seorang ‘bapa’ walaupun telah kehilangan insan tercinta itu sejak dari kecil lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakanneomey di akaun TikTok, murid bernama Hafiz Adib itu pada mulanya mengakui merindui pelukan bapanya yang sudah tiada ketika ditanya oleh seorang penceramah.

Penceramah motivasi tersebut kemudiannya meminta murid Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Jeli, Kelantan itu berdiri kerana ingin menghadiahkan sesuatu yang bermakna dan istimewa buat dirinya.

Sambil menutup mata, adik Hafiz Adib kemudiannya terkejut apabila ‘hadiah’ yang dimaksudkan adalah pelukan daripada seorang bapa murid lain yang hadir ke ceramah tersebut.

Momen menyayat hati itu tidak terhenti di situ sahaja apabila seorang lagi bapa kepada murid lain yang memakai pakaian berwarna hijau turut memeluk erat Hafiz sambil mengucup dahinya.

“Menitis air mata ini bila lihat kejadian depan mata. Hadiah yang mungkin kecil bagi orang lain tetapi besar maknanya buat dia.

“Ayah ini menarik tangan anak ini mendakap dengan penuh kasih sayang. Adik ini pasti sangat rindukan ayahnya.

“Ciuman seorang ayah buat anak yang tiada ayah. Semoga anak dan ibu ini terus kuat. Moga Allah peluk kita semua dengan kasih dan sayang-Nya,” tulis individu tersebut di ruangan kapsyen.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 393,000 tontonan, 17,400 tanda suka dan 757 perkongsian.

Di ruangan komen, ramai yang sebak dan sedih melihat momen indah tersebut serta mendoakan agar kanak-kanak itu terus kuat dalam mendepani ujian hidup bersama ibu tercinta.

“Banjir dah air mata ni. Semoga adik membesar menjadi anak yang soleh. Makcik pun dulu tak pernah merasa pelukan seorang ayah. Perit membesar tanpa sosok seorang ayah. Alhamdulillah makcik boleh tempuh ujian apa pun,” komen Afia.

“Moga adik terus kuat membesar jadi anak yang soleh buat ibu awak ya. Makcik doakan awak berjaya,” komen seorang pengguna.

“Faham sangat perasaan itu. Sebab anak-anak saya pun anak yatim, yang bongsu lagi tidak kenal dan tak pernah jumpa ayahnya. Kadang-kadang dia balik sekolah mengadu kawan-kawan ada ayah,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE.

@kakanneomey Menitis air mata ni, bila kejadian ni berlaku depan mata. Ceramah Parenting Slot bersama ibu apa dan pelajar, di SK LUBOK BONGOR Jeli Kelantan😭 Moga Allah merahmati kasih syg kita semua dan moga Allah peluk kita semua dengan kasih dan sayangNya 🥺#fypシ #pakarmotivasi #ibubapa #ceramahmotivasi ♬ оригинальный звук – 🕊️Anyalove❤️

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI