fbpx

Sambutan hari lahir permintaan terakhir Allahyarham Ibnor Riza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhayati Mohamad Nor ketika ditemui pemberita di Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Kampung Tengkek. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Luahan ingin menyambut hari lahir yang terakhir Ibnor Riza menjadi kenyataan apabila penyanyi era 1980-an itu menghembuskan nafas terakhir petang semalam.

Allahyarham Ibnor Riza, 62, meninggal dunia akibat kanser limfoma di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras pada pukul 3.30 petang.

Isteri pertama Ibnor, Norhayati Mohamad Nor, 58, berkata, suaminya meminta dirinya serta anak untuk datang ke Kota Kinabalu bagi meraikan hari lahir Allahyarham pada 11 Oktober lalu.

Menurutnya, dia dan anaknya yang tinggal di Brunei menuruti sepenuhnya permintaan Ibnor Riza.

“Katanya it might be my last birthday. If u can come… dan betullah last birthday dia,” katanya ketika ditemui di Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Kampung Tengkek, di sini semalam.

Ibnor Riza meninggalkan dua balu Norhayati dan Sarimah Sulaiman, 51, serta dua anak.

Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah semalam.

Norhayati memberitahu, pada 29 Jun lalu, pegawai perubatan memaklumkan keadaan kanser limfoma Allahyarham semakin agresif dan jangka hayatnya enam bulan lagi.

“Dia mengadu sakit tetapi kuat semangat untuk terus hidup.

“Pada pertengahan bulan lalu Allahyarham mula demam tak sembuh-sembuh sehinggalah pada 2 Disember lalu dia ditidurkan dan Jumaat lalu doktor mengesahkan sel otaknya telah mati,” katanya.

Kata Norhayati, sebelum ini suaminya ditemani madunya, Sarimah kerana dirinya menjalani pembedahan di bahagian perut.

“Saya sempat menjaga dan menemaninya selama 20 hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

“Alhamdulillah, ada hikmah dia (bermadu). Bila kita sakit bergilir-gilir kita jaga dia. Bila saya datang, saya akan jaga sepenuhnya. Bila saya jalani pembedahan pula, dia akan jaga sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI