fbpx

Pengantin trauma gaun terkoyak di punggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu disaksikan oleh tetamu majlis. - Sanook

SEOUL – Seorang pengantin perempuan di Korea Selatan menghadapi detik memalukan apabila gaun yang dipakai terkoyak semasa majlis perkahwinannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pengantin tersebut berasa malu apabila saudara-mara dan rakan-rakannya memberitahu bahawa gaunnya mempunyai koyak besar di bahagian bawah badan yang menampakkan sebahagian punggungnya.

Walaupun situasi itu dapat diuruskan dengan pantas, dia terlalu malu untuk meneruskan majlis selepas bahagian belakang badan dilihat tetamu sejak wanita berkenaan memasuki dewan.

Selepas majlis tamat, pengantin tersebut membuat aduan kepada syarikat perancang perkahwinan yang mengendalikan acara itu.

Namun, syarikat tersebut menegaskan bahawa gaun pengantin itu dijahit menggunakan benang dan kawasan koyak ditutup menggunakan pin, justeru pihak pengantin bertanggungjawab atas kesilapan itu.

Pengantin perempuan kemudian menuntut pampasan sekurang-kurangnya setara dengan kos gaun tersebut.

Bagaimanapun, syarikat tersebut tidak dapat menyatakan harga sebenar gaun itu kerana ia termasuk dalam jumlah yuran perkahwinan dan enggan membayar pampasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI