fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 812 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk sedang membersihkan rumahnya yang dilanda banjir lumpur di Kampung Tok Kah, Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu semakin pulih dengan hanya 812 mangsa daripada 180 keluarga masih berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal paling terjejas dengan 583 mangsa daripada 147 keluarga masih berada di enam PPS.

“Seramai 179 mangsa daripada 22 keluarga pula berada di tiga PPS di Marang. PPS Surau Kampung Nyatoh merupakan satu-satunya PPS masih beroperasi di Setiu dengan 50 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di dalamnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, cuaca hari ini diramal baik dengan hanya beberapa kawasan di negeri ini dilanda hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI