fbpx

JAS gempur kilang haram proses sisa klinikal termasuk bekas kit ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (dua dari kanan) bersama pegawai JAS memeriksa sisa buangan plastik dan klinikal di sebuah kilang haram di mukim Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menggempur dua buah kilang haram dengan salah satunya disyaki menjadi stor serta tempat memproses sisa plastik dan klinikal dalam mukim Pinang Tunggal, dekat sini hari ini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab memberitahu, kilang pertama merupakan kilang kayu yang tidak berlesen sementara kilang kedua yang dipercayai didalangi warga China pula boleh diakses dari dalam kilang pertama.

“Kilang kedua itu didapati menjadi tempat penstoran buangan terdiri daripada sisa plastik dan buangan terjadual SW404 iaitu sisa klinikal.

“JAS sebelum ini menerima banyak aduan awam berkaitan pencemaran khususnya pencemaran bau apabila sisa plastik diproses tanpa alat kawalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bahan-bahan disyaki sisa klinikal seperti bekas-bekas kit ujian Covid-19, picagari dan jarum yang didapati dihancurkan sebelum dibasuh bagi tujuan kitar semula.

“Air buangan itu disalurkan ke kolam takungan dan dilepaskan tanpa rawatan ke longkang awam, seterusnya memasuki Sungai Muda. Untuk rekod, Sungai Muda merupakan sumber air bagi bekalan air minum sebahagian besar negeri Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan lanjut perlu untuk menentukan sama ada sisa buangan tersebut adalah daripada sumber tempatan atau dibawa dari luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI