fbpx

Bicara 1MDB: Pendakwaan akan panggil Jasmine Loo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine Loo Ai Swan (kanan).

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan memanggil bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana syarikat itu berjumlah RM2.28 bilion.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pihaknya bercadang memanggil Jasmine ekoran keterangan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min pada prosiding lalu.

Wei Min dalam keterangannya pernah bersetuju bahawa keterangan wanita itu sama ada boleh menyelamatkan Najib atau menyebabkan bekas Perdana Menteri disabitkan dengan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Menurut Ahmad Akram, Wei Min yang juga Ketua Pasukan Siasatan Khas Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman ketika memberi keterangan telah mengemukakan pendapatnya berhubung status Jasmine dan maklumat itu telah membuka `jurang’ perbicaraan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) kemudian mencelah dengan menyatakan bahawa cadangan memanggil bekas peguam itu merupakan `satu perkara baharu’ sebelum menetapkan perbicaraan bersambung 2 Januari ini.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah selesai mendengar keterangan saksi ke-47 pendakwaan, penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd. Roslan yang bertanggungjawab menyediakan laporan jejak aliran wang 1MDB.

Mahkamah sepatutnya mendengar keterangan saksi selanjutnya, Superintenden Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Ariffin namun saksi berkenaan masih bercuti sakit akibat Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI