fbpx

Cuaca lembap hampir seluruh negeri di Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan cuaca semasa keadaan hujan dan lembap berlaku di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di bahagian utara.

Menurut MetMalaysia, pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka buat masa kini dalam keadaan mendung.

“Walaubagaimanapun, MetMalaysia meramalkan hujan lembap yang berlaku pada lewat petang atau awal malam hujan berlaku di Pahang dan Terengganu ini akan bergerak perlahan-lahan memasuki barat di Semenanjung Malaysia.

“Hujan yang sedang berlaku di negara lain pula diramal berlanjutan sehingga ke awal malam nanti,” katanya menerusi YouTube.

Di Sabah pula dilaporkan kebanyakan kawasan berada dalam cuaca cerah, manakala di Sarawak pula berada dalam keadaan mendung disertai dengan hujan renyai terutamanya melibatkan bahagian Limbang, Miri dan Sri Aman dan Sibu.

“Keadaan hujan yang berlaku diramalkan akan beransur reda dalam masa yang terdekat,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI