fbpx

Saksi pegawai kanan polis langgar pelajar diminta tampil – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta saksi kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati Meru, Ipoh,semalam untuk tampil membuat laporan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, segala bentuk maklumat daripada orang ramai dilihat mampu membantu siasatan dijalankan pihaknya.

“Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada lapan saksi yang membabitkan pelajar sekolah berkenaan.

“Kita mengalu-alukan saksi lain untuk tampil sekiranya melihat kejadian dan mempunyai maklumat lain,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga meminta saksi di lokasi kejadian untuk memberi maklumat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dan televisyen litar tertutup (CCTV) sekiranya ia membantu siasatan.

“Sekiranya ada ‘dashcam’ kenderaan atau CCTV berdekatan, kita sangat memerlukannya untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi atau melindungi kes ini meskipun ia membabitkan pegawai kanan polis.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah berusia 44 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI